Saya Sebagai Wakil Anda

SAYA SEBAGAI WAKIL ANDA...

Nama: Omar Bin Md Rasib
Kod Wakil: 1ET41121
Pejabat: Etiqa Takaful Seremban
Kawasan: Seremban
Kelulusan: Sarjana Muda Kepujian Hukum Islam, pengkhususan Ahwalul Syariah dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia
Telefon: +6017-6837346
Emel: omar_etiqa12@yahoo.com
Sesawang: http://etiqatakaful-info.blogspot.com

Ahad, 8 Julai 2012

10 Tips Pengurusan Kewangan

Salam untuk semua, ingin saya berkongsikan 10 Tips Pengurusan Kewangan. Jika anda amalkan, sedikit sebanyak membantu pengawalan kewangan anda. Serba sedikit akan dikongsikan. Ianya berhasil tanpa mengira berapa pun pendapatan anda. Setiap rakyat yang bekerja mampu hidup selesa melalui cara bersederhana dalam kehidupan.

1. Terima gaji dan berbelanja kurang daripada gaji yang diterima
Nampak senang sahaja peraturan asas ini, namun realitinya teramat sukar untuk dilaksanakan. Anda sepatutnya memahami perkara ini. Anda perlu tahu tentang kesesuaian gaji anda dengan pengalaman, keupayaan dan tugas yang anda lakukan. Gaji yang rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM 1,000 setahun akan memberikan kesan yang besar dalam jangka masa yang panjang. Anda perlu berbelanja kurang dari gaji yang diterima sebagai contoh, gaji anda RM5,000 sebulan, perbelanjaan mestilah separuh atau 2/3 daripada keseluruhan gaji anda. Biar berapa pun nilai gaji anda, anda perlu beringat dan berjimat walaupun sedikit anda menabung dalam sebulan, ianya meninggalkan kesan yang besar untuk jangka masa panjang untuk tabungan anda .

2. Rancang perbelanjaan dengan membuat jadual perancangan bajet
Sila rancang betul-betul setiap perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan membuat perancangan bajet bulanan dan ianyanya memerlukan disiplin anda untuk anda mematuhinya demi mencapai apa yang telah anda rancangkan. Ingat, anda mesti patuhi rancangan yang telah dibuat.

3. Langsaikan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melangsaikan hutang dan akhirnya anda akan terus dibebani hutang yang tidak termampu untuk dilunaskan. Ini adalah fakta dimana ramai orang di Malaysia muflis seawal usia 20-an tahun kerana kad kredit. Untuk perhatian kepada anak muda, seelok-eloknya hindarkan diri anda dari terjebak dalam masalah Kad Kredit. Abaikan jika terjumpa Juru Promosi yang sedang hangat mempromosikan Kad Kredit dari semua jenis bank. Sekali terjebak, anda akan sengsara. Katakan TIDAK pada Kad Kredit.

4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Terdapat pelbagai skim yang ditawarkan oleh pihak Bank dan Insurans. Anda boleh memikirkan untuk mencarum bedasarkan kemampuan anda dan tempoh premium yang ditawarkan. Ini umpama sediakan payung sebelum hujan.

5. Menabung
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza. Menabung juga dapat menghadkan atau mengawal perbelanjaan anda. Menabung juga perlu sekiranya anda ada impian untuk membeli sesuatu. Tabungan ini seperti kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".

6. Melabur
Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan. Anda boleh melabur di dalam Amanah Saham yang di uruskan oleh Permodalan Nasional Berhad seperti ASB, ASW2020, AS1M dan sebagainya. Terbaru Amanah Hartanah Bumiputera. Pelaburan melalui insurans juga digalakkan tetapi semuanya perlulah konsisten dan displin.

7. Tambahkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu. Untuk penambahan, anda boleh memohon daripada Jabatan Sumber Manusia di tempat anda bekerja. Dengan menaikkan kadar potongan seperti KWSP, ianya mengurangkan jumlah kadar cukai anda.

8. Semak liputan insurans/ takaful
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans/takaful secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan. Rujuklah pakar kewangan atau agen insurans yang benar-benar ingin membantu anda dan bukan hanya menyusahkan anda. Insurans/ Takaful penting tapi jangan sampai ianya membebankan hidup anda.

9. Kemaskini wasiat
Wasiat ini amat penting demi melindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat. Wasiat dapat mengagihkan harta-harta peninggalan anda kelak. Ianya juga menjamin keadilan bagi pewaris anda. Wasiat boleh dibuat di pelbagai tempat dan salah satu daripadanya ialah Amanah Raya Berhad.

10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Rekod kewangan adalah amat penting. Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.Antara rekod yang penting ialah resit pembelian buku, pembelian laptop dan sebagainya. Anda juga digalakkan untuk membayar zakat kerana ianya dapat membersihkan harta anda seterusnya mendapat keberkatan daripada Allah.
Selamat Mencuba !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan