Saya Sebagai Wakil Anda

SAYA SEBAGAI WAKIL ANDA...

Nama: Omar Bin Md Rasib
Kod Wakil: 1ET41121
Pejabat: Etiqa Takaful Seremban
Kawasan: Seremban
Kelulusan: Sarjana Muda Kepujian Hukum Islam, pengkhususan Ahwalul Syariah dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia
Telefon: +6017-6837346
Emel: omar_etiqa12@yahoo.com
Sesawang: http://etiqatakaful-info.blogspot.com

Ahad, 8 Julai 2012

Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional



Pengetahuan terhadap ilmu ini amat penting, bagi mengelakkan kita terjerumus ke lembah neraka akibat menyokong sistem konvensional. Yakni sistem yang menggalakkan unsur-unsur yang diharamkan Islam seperti:
  • Riba.
  • Maisir.
  • Gharar.
Berikut saya sediakan perbezaan mengenai takaful dan insurans konvensional.
Takaful
  • Diibaratkan seperti Tabung Khairat Kematian Masjid / Surau.
  • Di mana ahli memberikan sumbangan yang ditetapkan, untuk membantu ahli yang lain sekiranya berlaku kematian atau musibah.
  • Bezanya adalah komuniti ahli yang dan risiko yang lebih besar.
  • Menggunakan konsep Tabarru’at  (Derma bersyarat) -Setiap ahli membuat sumbangan mengikut risiko yang dipilih.
  • Setiap ahli juga menyumbang dengan niat untuk membantu orang ramai apabila berlaku musibah.
  • Syarikat takaful akan menggunakan wang yang disumbangkan ahli, untuk dilaburkan bagi mendapat keuntungan.
  • Keuntungan ini akan dibahagikan kepada peserta dan pengendali.
  • Keuntungan ini juga menanggung kos operasi syarikat takaful seperti eTiQa Takaful.
Insurans Konvensional
  • Diibaratkan seperti pemilik tabung.
  • Setiap bayaran akan menjadi hak milik syarikat.
  • Pihak insurans menggunakan konsep jual beli.
  • Di mana syarikat adalah penjual, dan pencarum adalah pembeli polisi.
  • Ia tidak sah kerana tidak menuhi rukun jual beli.
  • Ini salah satu faktor yang menjadikan insurans konvensional haram.
  • Selain daripada itu, kebanyakan insurans konvensional terlibat dengan aktiviti riba, maisir dan gharar.
Mudah-mudahan perbezaan di atas dapat membantu kita membuat keputusan yang betul, bagi meletakkan wang  pelaburan agar setiap aliran kewangan itu diredhai Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan