Saya Sebagai Wakil Anda

SAYA SEBAGAI WAKIL ANDA...

Nama: Omar Bin Md Rasib
Kod Wakil: 1ET41121
Pejabat: Etiqa Takaful Seremban
Kawasan: Seremban
Kelulusan: Sarjana Muda Kepujian Hukum Islam, pengkhususan Ahwalul Syariah dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia
Telefon: +6017-6837346
Emel: omar_etiqa12@yahoo.com
Sesawang: http://etiqatakaful-info.blogspot.com

Ahad, 8 Julai 2012

Tanggungjawab Saya Sebagai Wakil Etiqa Takaful


Terima Kasih, Etiqa Takaful

Tiada yang lebih baik daripada melakukan sesuatu, yang mendatangkan banyak manfaat kepada sekalian manusia.
Ini adalah prinsip yang saya pegang, dan percaya ia akan memberikan 1,001 manfaat apabila kita semua meninggalkan dunia ini kelak.
Menerusi takaful, ia dapat direalisasikan.
Ini kerana, takaful ini adalah medium untuk menyelamatkan keluarga kita. Dari sudut kebahagiaan, kewangan dan juga kekayaan.
Ia adalah medium pelaburan yang terbaik.
Mengapa saya berkata demikian?

Saluran Kewangan Keluarga yang Halal

Apabila kita membuat keputusan untuk menyertai takaful, bermakna kita membuat keputusan untuk memilih menjadi kaya di jalan yang diredhai Allah. Ia seperti membuat keputusan untuk:
  • Menyatakan ‘tidak’ pada perbuatan riba.
  • Menyatakan ‘tidak’ pada segala aktiviti pelaburan yang haram di sisi agama.
  • Menyatakan ‘Ya’ pada sistem muamalat Islam.
  • Menyatakan ‘Ya’ pada sistem patuh hukum syarak.
Selain daripada itu, setiap wang pelaburan kita adalah untuk keluarga yang tercinta.
Bayangkan, selepas ini kita sudah tiada lagi di dunia.
Siapa yang mahu berikan keluarga kita pakaian, makan minum dan juga kehidupan yang selesa?
Adakah kita pernah terfikir tentang situasi di atas sebelum ini?
Sayangnya, hanya segelintir (1/10) sahaja manusia yang memikirkan tentang situasi ini, dan melakukan sesuatu.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita sanggup membiarkan keluarga dalam kesusahan selepas ketiadaannya jasad kita di muka bumi ini?

Tepuk Dada, Tanya Hati

Justeru itu, antara tindakan kita yang terbaik bagi menyelamatkan keluarga hari ini adalah menerusi pelaburan takaful. Yakni pelaburan yang dapat menyelamatkan wang, harta dan keluarga kita serta merta.
Sertai Pelaburan Etiqa Takaful
Dan antara medium yang terbaik adalah Etiqa Takaful.
Kepakaran saya adalah merancang bagi menyelamatkan wang dan keluarga anda, supaya menjadi lebih kaya dan bahagia dunia akhirat, melalui Etiqa Takaful.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan