Saya Sebagai Wakil Anda

SAYA SEBAGAI WAKIL ANDA...

Nama: Omar Bin Md Rasib
Kod Wakil: 1ET41121
Pejabat: Etiqa Takaful Seremban
Kawasan: Seremban
Kelulusan: Sarjana Muda Kepujian Hukum Islam, pengkhususan Ahwalul Syariah dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia
Telefon: +6017-6837346
Emel: omar_etiqa12@yahoo.com
Sesawang: http://etiqatakaful-info.blogspot.com

Ahad, 8 Julai 2012

Jangan Sertai eTiQa Takaful

Terdapat dua kategori individu yang akan berkata, ‘Jangan sertai eTiQa Takaful’, ‘Pelaburan takaful ini sia-sia sahaja’ dan sebagainya iaitu:
  1. Golongan yang tidak faham manfaat takaful terhadap kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
  2. Golongan yang tidak pernah berjumpa dengan agen takaful yang betul-betul menerangkan konsep perlindungan takaful.
Umumnya, terdapat 4 kelebihan utama apabila kita menyertai eTiQa Takaful:

4 Kelebihan Utama eTiQa Takaful

Kelebihan #1 – Pakej Perlindungan Jantung
Setiap pelaburan wang kita ke dalam takaful, kita akan memperoleh kelebihan untuk memiliki pakej perlindungan jantung secara keseluruhan.
Ramai syarikat takaful yang menawarkan kelebihan ini.
Namun begitu, tahukah kita?
Bahawa kebanyakan syarikat insuran lain mengenakan syarat-syarat yang tersembunyi. Sebagai contoh, hanya dua injap jantung sahaja yang diberikan perlindungan.
Namun begitu, ini bukan salah agen. Kerana kebanyakan agen tidak diberitahu tentang perkara ini.
#2 – Simpanan Manfaat Kematian atau Lumpuh Kekal
Bayangkan apabila kita meninggalkan dunia esok hari, adakah keluarga kita terjamin keselamatannya dari segi:
  • Makanan.
  • Tempat tinggal.
  • Pakaian.
  • Harta.
  • Kewangan.
Hal ini kurang mendapat perhatian kerana kita sendiri masih belum mengalaminya. Namun begitu, kita boleh lihat situasi rakan-rakan, ahli keluarga terdekat atau orang sekeliling yang hidup susah selepas kematian ketua keluarga khususnya.
Kerana mereka hilang sumber pencarian rezeki, bagi keluarga yang bergantung pada ketua keluarga sahaja seperti ayah, abang atau adik beradik yang lain.
Dengan menyertai skim yang ditawarkan eTiQa Takaful. Kami bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan keluarga tuan dan cikpuan terjamin.
Simpanan kami untuk kegunaan waris adalah di antara simpanan yang terbesar setakat ini, dan rata-rata pelanggan takaful berpuas hati.
#3 – Tabung Biasiswa
Bagi para pelajar yang mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti (Diploma, Sarjana Muda dan sebagainya), ini adalah peluang untuk kita mendapatkan 100% sokongan kewangan daripada syarikat yang mengamalkan muamalat Islam.
Di eTiQa Takaful, tabung ini boleh digunakan apabila pembayar telah meninggal dunia. Polisi ini juga akan diteruskan seperti biasa secara percuma.
#4 – Rider Bertempoh
Ia memberikan kelebihan kepada kita untuk melakukan simpanan manfaat kematian atau lumpuh kekal.
eTiQa Takaful menawarkan kelebihan Rider bertempoh pada kadar yuran bulanan, yang sangat murah dan berpatutan untuk semua jenis golongan.

Izinkan Saya Bantu Anda

Untuk memulakan pelaburan takaful, penting untuk tuan dan cikpuan tahu konsep keseluruhan perlindungan yang ditawarkan oleh eTiQa Takaful.
Sila hubungi saya (SMS / CALL) 017-6837346.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan