Saya Sebagai Wakil Anda

SAYA SEBAGAI WAKIL ANDA...

Nama: Omar Bin Md Rasib
Kod Wakil: 1ET41121
Pejabat: Etiqa Takaful Seremban
Kawasan: Seremban
Kelulusan: Sarjana Muda Kepujian Hukum Islam, pengkhususan Ahwalul Syariah dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia
Telefon: +6017-6837346
Emel: omar_etiqa12@yahoo.com
Sesawang: http://etiqatakaful-info.blogspot.com

Isnin, 16 Julai 2012

Jumaat, 13 Julai 2012

Manfaat Tambahan (Rider) eTiQa Takaful

Manfaat Rider eTiQa TakafulTerdapat satu lagi pelan yang menguntungkan untuk peserta atau pelanggan skim takaful. Ia diberi nama Rider.

Rider adalah manfaat tambahan yang diberikan oleh syarikat eTiQa Takaful. Sebagai tanda penghargaan dan opsyen untuk menjamin kehidupan kita apabila ditimpa musibah.

Fungsinya adalah untuk memberikan kelebihan kepada peserta takaful, apabila menghadapi sebarang kecelakaan dari segi kesihatan.

Berikut adalah manfaat-manfaat apabila kita membuat keputusan untuk menjadi Rider.

4 Manfaat Penting Rider

Antara manfaat yang diperoleh Rider adalah seperti berikut:
  1. Manfaat terhadap pembiayaan kos rawatan hospital.
  2. Manfaat ketika berlakunya kemalangan terhadap salah seorang daripada ahli keluarga kita.
  3. Manfaat apabila kita menghadapi penyakit kritikal.
  4. Dan banyak lagi manfaat tambahan.
Bayangkan jika salah seorang daripada ahli keluarga terlibat dalam kemalangan yang tidak diingini, kemudian terpaksa menanggung kos rawatan hospital yang begitu tinggi.
Pada waktu itu, adakah kita mempunyai peruntukan wang yang dapat membantu mereka, mahupun diri sendiri?
Oleh sebab itu, pentingnya untuk mengambil peluang sebagai Rider dalam eTiQa Takaful. Salah satu daripada sebabnya adalah kita akan mempunyai tanggungan kos rawatan sehingga RM300,000.

Hubungi Saya Untuk Maklumat Rider eTiQa Takaful

Sekiranya tuan dan cikpuan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai fungsi Rider dalam eTiQa Takaful, sila hubungi saya.

Saya berbesar hati untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang berada dalam eTiQa Takaful secara percuma kepada anda. Supaya anda dapat manfaat sepenuhnya di dunia dan di akhirat kelak.

Etiqa Takaful Menang 5 Anugerah Berprestij

Anugerah Etiqa TakafulDalam kehidupan seharian, kepuasan itu akan muncul apabila kita memilih untuk melakukan sesuatu dengan tahap yang terbaik. Penggunaan produk juga tidak terkecuali.

Setiap manusia mempunyai keinginan untuk menggunakan produk yang terbaik. Dalam pelaburan takaful, hanya dengan syarikat yang terbaik sahaja dapat menjamin kepuasan pelaburan kita.

Ini merupakan sebab utama saya memilih eTiQa Takaful berbanding syarikat takaful yang lain.

Syarikat lain mempunyai pelan yang bagus serta nilai tambah baik kepada pelanggan.
Manakala eTiQa Takaful berjaya membuktikan mereka adalah di antara yang terbaik, menerusi kemenangan 5 anugerah pada Malam Anugerah Takaful ke-2.
Anugerah ini dianjurkan oleh Malaysian Takaful Association, untuk memberikan penghargaan terhadap prestasi syarikat-syarikat takaful di seluruh Malaysia.

5 Anugerah Kecemerlangan eTiQa Takaful

Menurut sumber yang diambil daripada Harian Metro, Etiqa Takaful Berhad  berjaya merangkul gelaran-gelaran berikut pada Malam Anugerah Takaful ke-2.
  1. Pengendali Bancatakaful Terbaik.
  2. Pengendali Perniagaan Kumpulan Terbaik.
  3. Penghasil Terbaik Perniagaan Takaful Kelompok.
  4. Anugerah Produksi “Million Dollar”.
  5. Anugerah Agensi “Million Dollar”.
Terdapat 13 kategori yang dipertandingkan dalam majlis ini. Alhamdulillah, eTiQa Takaful berjaya membuktikan, mereka adalah di antara yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Mengapa Tidak Anda?

Sekiranya saya memilih sebuah syarikat takaful yang berprestij dan berkualiti tinggi dari segi pencapaian serta mutu kerja, mengapa tidak anda?
Setiap sen pelaburan anda di eTiQa Takaful adalah pelaburan yang membawa keuntungan dua alam iaitu:
  • Keuntungan kekayaan di dunia.
  • Keuntungan kekayaan di akhirat.
Sekiranya tuan dan cikpuan berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pelaburan takaful, sila hubungi saya.

Ahad, 8 Julai 2012

Perancangan Kewangan Islam.


Artikel ini diberikan oleh member aku. Dari membaca artikel ni barulah aku tersedar betapa pentingnyer Insurans Nyawa kepada kita. Tapi lagi bagus adalah mengambil Insurans Nyawa Takaful sebab ianya berkonsepkan kewangan dan perlindungan diri di dalam Islam.
Assalamualaikum w.b.t.
Ini article berkenaan Insurans nyawa.Kalau dari segi bukan Islam di panggil Life Insurance.Kita selalu dengar pasal Takaful, baik dari member2,iklan kat TV dan ajen Takaful sendiri.Statistik memberitahu, setiap manusia secara purata, seumur hidup akan datang 3 orang ajen Takaful/Insurance untuk meyakinkan supaya mengambil polisi.
Kenapa sangat ajen ni beriya2 suruh kita ambil Takaful? Sebenarnya,dalam hidup ni at least mesti menTakafulkan diri kita dengan satu plan Takaful.(khas untuk orang Islam)


Pentingnya Takaful adalah untuk persediaan keuwangan ketika menghadapi musibah,samada untuk diri sendiri ataupun keluarga tersayang.Anda sayangkan diri dan keluarga?kalau sayang,mengapa tak menyimpan di Takaful?

Jawapan yang biasanya didengar setelah diterangkan pada individu untuk mengambil Takaful adalah seperti berikut.

1) Sorilarr…saya takda bajet la.Hutang banyak nak bayar?
2) Nantilah, tunggu ekonomi saya dah stabil saya ambil?
3) Alah saya belum kawin lagi,kalau matipun takda duit pun takpa?bukan ada tanggungan lagi?
4) Muda lagi la….nantilar dah sampai seru nanti saya ambil?

Ni lah antara jawapan2 yang saya dapat sejak saya menjadi ajen Takaful.Sebenarnya, secar jujur saya mengatakan yang dulu memang ini lah antara jawapan saya bila ajen Takaful datang untuk meyakinkan saya untuk mengambil plan Takaful.
Saya tersedar pentingnya Takaful untuk setiap individu Islam adalah bermula dari tahun lepas 2006. Kisah bermula di tempat di mana saya bekerja iaitu Kilang XXX. Tak perlu lah saya nyatakan nama kilang tuh. Kawan sekerja saya,dah arwah dah. Pada masa kitaorang minum2 kat sebuah kedai makan,datang seorang ajen Takaful dari sebuah company Takaful yang agak popular. Ajen ni dtg nak explain 7 minit jek dia kata.So ok lah mula2 kitaorang tak nak sebab dah abis minum nak blah dah.Tapi sebab dia kata 7 minit so ok lah dengar jek 7 minit. Ajen ni bagi stau kertas putih dengan pen,dia suruh tulis nama orang yang kita sayang dalam masa 2 minit menggunakan tangan yang biasa guna untuk menulis. So kitaorang tulislah pakai tangan kanan.Kitaorang bukanya kidal.Dengan lajunya,kitaorang tulis nama ibu/ayah,adik,abang,isteri,anak,Yang member saya nih tulislah nama awek dia sebab dia bujang lagi.Lepas tulis dlm 2 minit.maka dapatlah satu list orang yang kitaorang sayang,lepas tuh ajen ni suruh tulis plak benda yang sama dengan tangan kiri dalam masa 2 minit jugak.Alamak, apa lagi terkial2 kitaorang menulis.Abis jek dua minit, tulisan tangan kiri punya tak senonoh pas tuh tak abis plak tuh dapat tulis suku jer dari list yang tangan kanan buat. Lepas tuh ajen tu explain macam ni ;
Baiklah cuba saudara2 bayangkan yang tangan kanan adalah diri saudara dan yang kiri adalah keluarga saudara.Tiba2 ditakdirkan Allah saudara (tangan kanan) meninggal buat selama-lamanya. Tengoklah tangan kiri betapa huru-haranya kehidupan dia jika selama ni tangan kanan tuh yang banyak bekerja(menulis). Kata dia lagi,agak2 berapa lama kalau tangan kanan saudara takda,tangan kiri nak train sampai dpat tulis mcm tangan kanan. So macam tulah ibaratnya keluarga kita yang kita tinggalkan batapa payahnya untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan yang selama ditanggung oleh kita. Bagaimana kalau benda ini terjadi pada diri saudara. Satu2nya alat yang mudah untuk buat persediaan musibah itu adalah dengan mengambil pelan Takaful. Saya tersedar lepas tuh.Saya nak tanya lebih lanjut,tapi member saya ni terus potong cakap saya, dia kata pada ajen tuh “takpala lain kali la yer bang.Kitaorang takda bajet la nak bayar bulan2.baru kerja nih.tak pa abang tinggalkan bisness card abang nanti kitaorang contact.Lagipun kitaorang dah nak blah nih”. Lepas tuh ajen tu pun bagila bisness card dia. Kitaorang pun blah dari situ.
Saya terpikir time tuh nak amik Takaful sebab ada betulnya cakap ajen tuh,dahla saya hutang banyak, pas tuh duit simpanan pun adalah 2~3 ratus.Plak tuh KWSP baru berapa jek.Tapi disebabkan member saya kata “takpayah la Takaful tuh nak makan duit jek,bila jadi apa2 bukannya senang nak claim”.So saya pun buat bodo jek la sehingga satu hari tuh saya dapat berita member saya meninggal sebab accident motor.Dia baru jek lepas 5 bulan kawin.Bini dia tgh pregnant plak tuh,saya melawat la keluarga dia.Bini dia dengan teresak2 mengadu pada saya”Kenapala nasib saya macam ni,arwah abang pegi dlm keadaan mcm ni,macam mana saya nak hidup dengan bakal anak yang nak lahir nih bang isk..isk…”nak kerja pun belum tentu dapat lagi sebab org ngandung susah nak amik kerja.Peh pilunya hati tgk kan dia.Saya terpikir macamnala balu arwah nih survive sedangkan arwah tinggalkan hutang lebih byk dari simpanan.Tapi saya obsess yang Allah tetap akan tolong hambanya yang bersabar.Tapi setidak-tidaknya ambilah pengajaran dari firman Allah.”Orang-orang yang mati dikalangan kamu dan ada meninggalkan isteri-isteri maka hendaklah mereka meninggalkan harta untuk sara hidup selama setahun tanpa dikeluarkan dari rumah kediaman.”(Al-Baqarah ayat 240).
Sejak dari tuh saya terus cari ajen Takaful dan Alhamdulillah dah ada pun Polisi Takaful RM100 sebulan.Walaupun RM100 besar gak bagi saya nak bayar bulan2 sampai 20 tahun.sukurang-kurangnya kalau saya mati dapatlah family saya survive dengan pampasan lebih kurang RM80K.Tapi kalau tak jadi apa2 kira oklah ada simpanan RM20K untuk belajar anak masuk Universiti,takpun pegi Honeymoon ngan wife, takpun pegi naik Haji lar…

So,kat sini saya nak tegaskan betapa pentingnya menyimpan di Takaful sebagai persediaan di kala ditimpa musibah.Takaful juga menyediakan pakej penyakit kritikal,pakej ni tambahan bila berlakunya salah satu 41 penyakit kritikal,pampasan akan diberikan untuk kos rawatan.Dan ada mcm2 lagi faedah jika menyertai takaful yang boleh kita pilih untuk mengambilnya.

Besar mana caruman tu tak penting.Yang penting kita mampu menyimpan. Seperti salah seorang client saya berumur 23 tahun baru jek keje bujang lagi. Tapi setelah diterangkan mengenai pentingnya menyimpan di Takaful dia buat satu polisi yang bulan2 cuma perlu bayar RM60.Kira oklah tuh yang penting ada.Esok lusa kalau ada rezeki lebih, amik plak lagi satu polisi untuk isteri ker anak ker.Sekurang-kurangya umur dia 43 tahun nanti ada la simpanan RM12K.

Apa tugas ajen Takaful?

Pernah tak korang terpikir kenapa company Takaful tak banyak iklankan dlam TV.Tak mampu ke company tuh nak bayar duit iklan?tgk macam iklan ubat gigi Colgate,hari2 kat TV mesti keluar punya iklan dia.

Takaful membuat sales dengan melantik Ajen yang bertauliah.Mereka diberi kad kuasa, takpun surat pelantikan bagi menjadi bukti yang diorang ni adalah autrorized ajen.Hati-hati dengan ajen yang menipu,kalau tak yakin mintak no code dia pas tuh telepon company yang dia wakili untuk confirmation.
Ajen ni ditugaskan untuk menyampaikan secara detail ataupun ringkas mengenai pentingya Takaful.dan jika anda hendak mencarum,ajen ni lah yang akan meguruskan segala dokumen dan payment.Dan juga, ajen ini kan servis anda sehingga polisi anda tamat.Kalau 20 tahun maka 20 tahun lah ajen tuh kena serve.Any claim ataupun apa jua berkenaan polisi dia,mcm nak tukar alamat ke,tukar penama ker, so ajen ni lah yang akan melayan anda.Tugas yang agak berat dan tough.
Komisen ajen pun tak berapa banyak berbanding dengan servis yang diberikan.Tapi tersemat di hati mereka adalah, menyelamatkan sebanyak mana waris individu Islam di Malaysia ini.Dan juga meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perancangan keuwangan untuk hari tua yang mana banyak orang Melayu Islam gagal dalam perkara ini.
Kita tgk survey ni,70% orang Melayu kehabisan wang KWSP selepas 3 tahun.Contoh senang yang boleh saya explain adalah,lepas 55 tahun,kebanyakkan orang akan dapat 100% KWSP.Apa yang diaorang plan?firstly,besarkan rumah bertujuan nanti raya anak2 cucu2 nak balik senang ada tempat tido.Lebih kurang average RM50K.Kedua,masa muda dulu sibuk tak nak menabung kat tabung Haji,so gunakanlah duit KWSP tadi buat pegi Haji at least RM30K dah habis.Dan selebihnya enjoylah,pegi honeymoon lagi,ada yang pakai kereta baru lagi.So mana tak habis lepas 3 tahun.Bila dah habis hah sibuk plak terpaksa cari kerja lagi.Tu yang ramai kita tgk pak Guard tua-tua kebanyakkanya.Bukan nak kerja tapi terpaksa.Sepatutnya,umur macam tuh hidup dah senang-lenang.Lepak kat masjid banyakkan beribadat.Salahnya tak plan keuwangan betul2.Plan la ambil Takaful yang sampai kat area umur 55 tahun.So adala simpanan untuk tambahan dgn KWSP.Sedikit sebanyak ada gak tambahan untuk tampung hidup sehingga meninggal.
Makanya,jika ada ajen Takaful yang ingin berjumpa dengan anda,janganlah anggap yang diorang mcm salesman suruh beli calculator RM10 ker,stokin ker and etc mcm slaesman yang biasa tuh.Diaorang ini adalah consultant yang akan membantu anda menyelesaikan perancangan keuwangan.Dan kebanyakkanya ajen takaful macam saya ni membawa alat2 yang lain selain
Takaful yang boleh membantu anda merancang keuwangan anda.Kadang-kadang kita takda masa nak pegi ker institusi2 dan pejabat consultant yang hari2 cuti tutup kedai. Tapi ajen-ajen ni 24 hours boleh ajak berdiskusi.Tapi kena appoint dulu la kan.


Lastly,saya nak pesan,ini bukan sekadar Promotion semata-mata,tapi ini adalah satu nasihat tentang kesedaran merancang keuwangan anda.Ambillah contoh bangsa lain yang begitu mementingkan perancangan keuwangan.Sampai bila kita duduk kat takuk yang lama.

“Majukanlah ekonomi keluarga, bila keluarga Islam dah ok, dengan secara tak langsung masyarakat Islam ok dan seterusnya negara Islam akan berjaya sehingga dunia ini akan menjadi milik Islam semula.

Sekian, Assalamualaikum.

http://shaffik.com

Menabung Untuk Pendidikan Anak

Bila menabung lebih awal lebih bagus

SAYA memiliki tiga anak kembar dan berhasrat untuk menabung demi masa depan mereka. Masalahnya saya tidak tahu apa yang perlu dipilih kerana terdapat pelbagai produk ditawarkan di pasaran sekarang. Apakah produk terbaik untuk saya pilih jika mahu membuat persediaan untuk pendidikan mereka.

Anis Suraya, Nusajaya, JB
----------------------------------------------
 KOS untuk membesarkan dan mendidik anak meningkat setiap hari, lebih-lebih lagi bagi Puan Anis yang mempunyai anak kembar tiga. Memang banyak manfaatnya jika persediaan dibuat seawal yang mungkin. Lebih cepat kita mula melabur dalam pendidikan anak, adalah lebih baik. Seperti semua matlamat pelaburan lain, masa boleh membantu kita melipatgandakan pulangan.

Langkah pertama semasa merancang adalah menganggarkan jumlah kos pendidikan anak anda. Walaupun sukar untuk mengetahui masa depan dan meramalkan cita-cita anak anda, dalam proses membuat keputusan kita mungkin mahu menimbang kemungkinan mendapatkan pendidikan sekolah swasta, mengikut institut pengajian tinggi tempatan atau melanjutkan pelajaran di luar negara. Jumlah dana yang perlu diperuntukkan mungkin jauh berbeza bergantung pada pilihan anda.

Jangan biarkan angka ini menakutkan anda sehingga anda tidak sanggup bertindak. Sebahagian daripada pendidikan anak anda boleh dibiayai menerusi biasiswa, pinjaman pelajar atau pinjaman pendidikan bank. Walaupun begitu, anda perlu mempertimbangkan secara serius berapa banyak yang perlu anda peruntukkan, menabung lebih awal dan secara berkala.

Instrumen terbaik untuk dana pendidikan bergantung pada tempoh masa sebelum dana tersebut digunakan. Lebih lama tempoh masa, lebih besar peruntukan yang boleh dibuat untuk melabur dalam pelaburan pulangan tinggi, yang sudah tentulah mempunyai risiko lebih tinggi, antaranya termasuk dana unit amanah saham. Tetapi jika tempoh masa sebelum anda perlu menggunakan dana adalah lebih singkat, anda perlu menggunakan pilihan lebih konservatif seperti deposit tetap.

Jika anak anda akan memasuki universiti dalam masa lebih lima tahun, kami mengesyorkan anda melaburkan dana anda. Menyimpan wang dalam deposit tetap sahaja mungkin selamat tetapi pelaburan anda tidak mempunyai potensi pertumbuhan seperti jika dilaburkan dalam dana unit amanah. Apabila anda membuat pelaburan dalam dana, jangan biarkan wang anda begitu sahaja. Anda perlu meninjau prestasi dana sekurang-kurangnya setiap tahun, dan membuat pelarasan di mana perlu bagi dana yang prestasinya kurang baik.

Apabila hanya tinggal dua hingga tiga tahun lagi sebelum anak anda memerlukan dana untuk memulakan pengajian, pindahkan jumlah secukupnya untuk membiayai pengajian tahun pertama universiti ke dalam pelaburan yang lebih konservatif. Ini akan mengurangkan pendedahan anda kepada kesan turun naik pasaran. Jika anda menunggu sehingga saat terakhir apabila memerlukan wang, anda mungkin terpaksa mengeluarkannya apabila keadaan pasaran lemah, menyebabkan anda rugi sebahagian pulangan yang telah anda perolehi.

Walaupun sesetengah orang mengesyorkan produk insurans sebagai cara menabung untuk pendidikan anak anda, kami sebaliknya mencadangkan polisi insurans hayat dibeli atas nama ibu bapa. Pada hakikatnya, anda membeli insurans hayat bagi seseorang jika kematiannya akan menimbulkan masalah kewangan; jadi lindungi anda dan suami anda dengan polisi insurans hayat, bukannya anak anda. Sesetengah polisi mungkin menawarkan nilai tunai, yang boleh anda pertimbangkan untuk pendidikan anak. Tanya lebih banyak soalan tentang pulangan yang dijangkakan, berapa lama perlu memegang polisi insurans dan jika anda membuat keputusan untuk menamatkan polisi lebih awal daripada dijangka dan apakah nilai tunai yang bakal diperoleh.

10 Tips Pengurusan Kewangan

Salam untuk semua, ingin saya berkongsikan 10 Tips Pengurusan Kewangan. Jika anda amalkan, sedikit sebanyak membantu pengawalan kewangan anda. Serba sedikit akan dikongsikan. Ianya berhasil tanpa mengira berapa pun pendapatan anda. Setiap rakyat yang bekerja mampu hidup selesa melalui cara bersederhana dalam kehidupan.

1. Terima gaji dan berbelanja kurang daripada gaji yang diterima
Nampak senang sahaja peraturan asas ini, namun realitinya teramat sukar untuk dilaksanakan. Anda sepatutnya memahami perkara ini. Anda perlu tahu tentang kesesuaian gaji anda dengan pengalaman, keupayaan dan tugas yang anda lakukan. Gaji yang rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM 1,000 setahun akan memberikan kesan yang besar dalam jangka masa yang panjang. Anda perlu berbelanja kurang dari gaji yang diterima sebagai contoh, gaji anda RM5,000 sebulan, perbelanjaan mestilah separuh atau 2/3 daripada keseluruhan gaji anda. Biar berapa pun nilai gaji anda, anda perlu beringat dan berjimat walaupun sedikit anda menabung dalam sebulan, ianya meninggalkan kesan yang besar untuk jangka masa panjang untuk tabungan anda .

2. Rancang perbelanjaan dengan membuat jadual perancangan bajet
Sila rancang betul-betul setiap perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan membuat perancangan bajet bulanan dan ianyanya memerlukan disiplin anda untuk anda mematuhinya demi mencapai apa yang telah anda rancangkan. Ingat, anda mesti patuhi rancangan yang telah dibuat.

3. Langsaikan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melangsaikan hutang dan akhirnya anda akan terus dibebani hutang yang tidak termampu untuk dilunaskan. Ini adalah fakta dimana ramai orang di Malaysia muflis seawal usia 20-an tahun kerana kad kredit. Untuk perhatian kepada anak muda, seelok-eloknya hindarkan diri anda dari terjebak dalam masalah Kad Kredit. Abaikan jika terjumpa Juru Promosi yang sedang hangat mempromosikan Kad Kredit dari semua jenis bank. Sekali terjebak, anda akan sengsara. Katakan TIDAK pada Kad Kredit.

4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Terdapat pelbagai skim yang ditawarkan oleh pihak Bank dan Insurans. Anda boleh memikirkan untuk mencarum bedasarkan kemampuan anda dan tempoh premium yang ditawarkan. Ini umpama sediakan payung sebelum hujan.

5. Menabung
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza. Menabung juga dapat menghadkan atau mengawal perbelanjaan anda. Menabung juga perlu sekiranya anda ada impian untuk membeli sesuatu. Tabungan ini seperti kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".

6. Melabur
Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan. Anda boleh melabur di dalam Amanah Saham yang di uruskan oleh Permodalan Nasional Berhad seperti ASB, ASW2020, AS1M dan sebagainya. Terbaru Amanah Hartanah Bumiputera. Pelaburan melalui insurans juga digalakkan tetapi semuanya perlulah konsisten dan displin.

7. Tambahkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu. Untuk penambahan, anda boleh memohon daripada Jabatan Sumber Manusia di tempat anda bekerja. Dengan menaikkan kadar potongan seperti KWSP, ianya mengurangkan jumlah kadar cukai anda.

8. Semak liputan insurans/ takaful
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans/takaful secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan. Rujuklah pakar kewangan atau agen insurans yang benar-benar ingin membantu anda dan bukan hanya menyusahkan anda. Insurans/ Takaful penting tapi jangan sampai ianya membebankan hidup anda.

9. Kemaskini wasiat
Wasiat ini amat penting demi melindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat. Wasiat dapat mengagihkan harta-harta peninggalan anda kelak. Ianya juga menjamin keadilan bagi pewaris anda. Wasiat boleh dibuat di pelbagai tempat dan salah satu daripadanya ialah Amanah Raya Berhad.

10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Rekod kewangan adalah amat penting. Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.Antara rekod yang penting ialah resit pembelian buku, pembelian laptop dan sebagainya. Anda juga digalakkan untuk membayar zakat kerana ianya dapat membersihkan harta anda seterusnya mendapat keberkatan daripada Allah.
Selamat Mencuba !!!

Ke Mana wang Anda?

ANDA PERLU MILIKI BUKU INI JIKA ANDA MAHU:

1. Bebas daripada masalah kewangan pada masa hadapan.
2. Bebas daripada belenggu hutang.
3. Menambah pendapatan diri dan keluarga.
4. Tahu tentang risiko jika pendapatan meningkat.
5. Mencapai matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara.
6. Jaminan kewangan.
7. Tip mengurus wang pinjaman pengajian tinggi dengan bijak.
8. Belajar mengawal perbelanjaan.
9. Merancang kewangan keluarga.
10. Tip merancang perbelanjaan untuk anak sejak lahir hingga dewasa.
11. Mendidik anak jimat berbelanja.
12. Tahu cara bijak berbelanja untuk persiapan raya.
13. Panduan merancang perbelanjaan majlis perkahwinan.
14. Melabur secara bijak.
15. Menambah pengetahuan tentang pengurusan kewangan dengan lebih Islamik.

Tanggungjawab Saya Sebagai Wakil Etiqa Takaful


Terima Kasih, Etiqa Takaful

Tiada yang lebih baik daripada melakukan sesuatu, yang mendatangkan banyak manfaat kepada sekalian manusia.
Ini adalah prinsip yang saya pegang, dan percaya ia akan memberikan 1,001 manfaat apabila kita semua meninggalkan dunia ini kelak.
Menerusi takaful, ia dapat direalisasikan.
Ini kerana, takaful ini adalah medium untuk menyelamatkan keluarga kita. Dari sudut kebahagiaan, kewangan dan juga kekayaan.
Ia adalah medium pelaburan yang terbaik.
Mengapa saya berkata demikian?

Saluran Kewangan Keluarga yang Halal

Apabila kita membuat keputusan untuk menyertai takaful, bermakna kita membuat keputusan untuk memilih menjadi kaya di jalan yang diredhai Allah. Ia seperti membuat keputusan untuk:
  • Menyatakan ‘tidak’ pada perbuatan riba.
  • Menyatakan ‘tidak’ pada segala aktiviti pelaburan yang haram di sisi agama.
  • Menyatakan ‘Ya’ pada sistem muamalat Islam.
  • Menyatakan ‘Ya’ pada sistem patuh hukum syarak.
Selain daripada itu, setiap wang pelaburan kita adalah untuk keluarga yang tercinta.
Bayangkan, selepas ini kita sudah tiada lagi di dunia.
Siapa yang mahu berikan keluarga kita pakaian, makan minum dan juga kehidupan yang selesa?
Adakah kita pernah terfikir tentang situasi di atas sebelum ini?
Sayangnya, hanya segelintir (1/10) sahaja manusia yang memikirkan tentang situasi ini, dan melakukan sesuatu.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita sanggup membiarkan keluarga dalam kesusahan selepas ketiadaannya jasad kita di muka bumi ini?

Tepuk Dada, Tanya Hati

Justeru itu, antara tindakan kita yang terbaik bagi menyelamatkan keluarga hari ini adalah menerusi pelaburan takaful. Yakni pelaburan yang dapat menyelamatkan wang, harta dan keluarga kita serta merta.
Sertai Pelaburan Etiqa Takaful
Dan antara medium yang terbaik adalah Etiqa Takaful.
Kepakaran saya adalah merancang bagi menyelamatkan wang dan keluarga anda, supaya menjadi lebih kaya dan bahagia dunia akhirat, melalui Etiqa Takaful.

Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional



Pengetahuan terhadap ilmu ini amat penting, bagi mengelakkan kita terjerumus ke lembah neraka akibat menyokong sistem konvensional. Yakni sistem yang menggalakkan unsur-unsur yang diharamkan Islam seperti:
  • Riba.
  • Maisir.
  • Gharar.
Berikut saya sediakan perbezaan mengenai takaful dan insurans konvensional.
Takaful
  • Diibaratkan seperti Tabung Khairat Kematian Masjid / Surau.
  • Di mana ahli memberikan sumbangan yang ditetapkan, untuk membantu ahli yang lain sekiranya berlaku kematian atau musibah.
  • Bezanya adalah komuniti ahli yang dan risiko yang lebih besar.
  • Menggunakan konsep Tabarru’at  (Derma bersyarat) -Setiap ahli membuat sumbangan mengikut risiko yang dipilih.
  • Setiap ahli juga menyumbang dengan niat untuk membantu orang ramai apabila berlaku musibah.
  • Syarikat takaful akan menggunakan wang yang disumbangkan ahli, untuk dilaburkan bagi mendapat keuntungan.
  • Keuntungan ini akan dibahagikan kepada peserta dan pengendali.
  • Keuntungan ini juga menanggung kos operasi syarikat takaful seperti eTiQa Takaful.
Insurans Konvensional
  • Diibaratkan seperti pemilik tabung.
  • Setiap bayaran akan menjadi hak milik syarikat.
  • Pihak insurans menggunakan konsep jual beli.
  • Di mana syarikat adalah penjual, dan pencarum adalah pembeli polisi.
  • Ia tidak sah kerana tidak menuhi rukun jual beli.
  • Ini salah satu faktor yang menjadikan insurans konvensional haram.
  • Selain daripada itu, kebanyakan insurans konvensional terlibat dengan aktiviti riba, maisir dan gharar.
Mudah-mudahan perbezaan di atas dapat membantu kita membuat keputusan yang betul, bagi meletakkan wang  pelaburan agar setiap aliran kewangan itu diredhai Allah.

Jangan Sertai eTiQa Takaful

Terdapat dua kategori individu yang akan berkata, ‘Jangan sertai eTiQa Takaful’, ‘Pelaburan takaful ini sia-sia sahaja’ dan sebagainya iaitu:
  1. Golongan yang tidak faham manfaat takaful terhadap kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
  2. Golongan yang tidak pernah berjumpa dengan agen takaful yang betul-betul menerangkan konsep perlindungan takaful.
Umumnya, terdapat 4 kelebihan utama apabila kita menyertai eTiQa Takaful:

4 Kelebihan Utama eTiQa Takaful

Kelebihan #1 – Pakej Perlindungan Jantung
Setiap pelaburan wang kita ke dalam takaful, kita akan memperoleh kelebihan untuk memiliki pakej perlindungan jantung secara keseluruhan.
Ramai syarikat takaful yang menawarkan kelebihan ini.
Namun begitu, tahukah kita?
Bahawa kebanyakan syarikat insuran lain mengenakan syarat-syarat yang tersembunyi. Sebagai contoh, hanya dua injap jantung sahaja yang diberikan perlindungan.
Namun begitu, ini bukan salah agen. Kerana kebanyakan agen tidak diberitahu tentang perkara ini.
#2 – Simpanan Manfaat Kematian atau Lumpuh Kekal
Bayangkan apabila kita meninggalkan dunia esok hari, adakah keluarga kita terjamin keselamatannya dari segi:
  • Makanan.
  • Tempat tinggal.
  • Pakaian.
  • Harta.
  • Kewangan.
Hal ini kurang mendapat perhatian kerana kita sendiri masih belum mengalaminya. Namun begitu, kita boleh lihat situasi rakan-rakan, ahli keluarga terdekat atau orang sekeliling yang hidup susah selepas kematian ketua keluarga khususnya.
Kerana mereka hilang sumber pencarian rezeki, bagi keluarga yang bergantung pada ketua keluarga sahaja seperti ayah, abang atau adik beradik yang lain.
Dengan menyertai skim yang ditawarkan eTiQa Takaful. Kami bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan keluarga tuan dan cikpuan terjamin.
Simpanan kami untuk kegunaan waris adalah di antara simpanan yang terbesar setakat ini, dan rata-rata pelanggan takaful berpuas hati.
#3 – Tabung Biasiswa
Bagi para pelajar yang mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti (Diploma, Sarjana Muda dan sebagainya), ini adalah peluang untuk kita mendapatkan 100% sokongan kewangan daripada syarikat yang mengamalkan muamalat Islam.
Di eTiQa Takaful, tabung ini boleh digunakan apabila pembayar telah meninggal dunia. Polisi ini juga akan diteruskan seperti biasa secara percuma.
#4 – Rider Bertempoh
Ia memberikan kelebihan kepada kita untuk melakukan simpanan manfaat kematian atau lumpuh kekal.
eTiQa Takaful menawarkan kelebihan Rider bertempoh pada kadar yuran bulanan, yang sangat murah dan berpatutan untuk semua jenis golongan.

Izinkan Saya Bantu Anda

Untuk memulakan pelaburan takaful, penting untuk tuan dan cikpuan tahu konsep keseluruhan perlindungan yang ditawarkan oleh eTiQa Takaful.
Sila hubungi saya (SMS / CALL) 017-6837346.

Sabtu, 7 Julai 2012

Testimoni


Utusan Malaysia: Orang ramai membeli polisi insurans hayat kerana berbagai sebab. Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli polisi insurans hayat:


Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya:

"Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun."

"Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans hayat tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu."


"Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja. "
"Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. "
"Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya."


Seorang guru yang menjaga ibunya:

"Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun. "

"Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada polisi insurans hayat itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya."



Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya:

"Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang." 
"Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. "
"Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi insurans hayat saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. "
"Justeru itu, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama. Di bawah Seksyen 166 Akta Insurans 1996, polisi tersebut menjadi polisi amanah. "
"Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. "


Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya:

"Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah."
"Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai polisi insurans hayat. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah."
"Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli polisi insurans hayat untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya."